Oct 19, 2011

B vs IBU vs PUAN

Assalamualaikum.

Menjadi isteri buat suami tercinta, ibu buat anak2 dan pekerja di pejabat. Bukan mudah utk excel dalam setiap peranan tersebut. Saya sendiri masih hijau dalam setiap peranan itu..baru sahaja nak mencecah 3 tahun menjadi isteri kepada suami tercinta Mohd Shahrizan bin Omar, menimang cahaya mata pertama Eirsa Syaurah sejak 2 tahun yang lepas dan bakal menimang yang kedua insyaallah..dan memainkan peranan yang tidak kurang cabarannya di pejabat sejak 3 tahun lepas.. Memikul ketiga2 tanggungjawab tersebut ada turun naiknya dan acapkali membuat saya termenung letih dipenghujung hari. Namun tidak dinafikan ramai golongan bergelar wanita hari ini memikul ketiga2 tanggungjawab dan peranan tersebut, dan kejayaan mereka pada setiap peranan amat patut dibanggakan. Setiap peranan tersebut adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan ianya adalah amanah Allah kepada saya.. saya bukan insan sempurna yang tidak pernah mengeluh letih dan tertekan, ada harinya saya rasakan sangat teruk dan pernah juga terfikir untuk berhenti kerja dan menghabiskan masa di rumah melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dan ibu sahaja. namun, itu bukan satu penyelesaian, tetapi hanya idea yg terlintas yang sangat bersifat selfish. Saya berkerja hari ini utk membantu keluarga dan bukan utk mengisi masa lapang kerana kebosanan dirumah seperti segelintir wanita, jadi saya perlu teruskan perjuangan saya di pejabat demi keluarga yang menjadi keutamaan saya sejak sekian lama.  
Rasa letih dan tertekan yang kadangkala singgah itu saya ketepikan dan teruskan dengan apa yang perlu diteruskan..dalam tempoh ini sudah banyak kali saya membuat kesilapan, terjatuh, terduduk, tersilap membuat perhitungan dsbnya, namun semua itu telah menjadikan saya seorang isteri, ibu dan pekerja yang lebih matang. Saya bersyukur dan bahagia dengan hidup saya hari inidan saya harap akan terus bahagia..tapi saya tidak boleh lupa, saat2 sukar tidak akan pernah berakhir..cabaran pasti tidak jemu datang menguji kekuatan fizikal dan mental saya..saya harap saya akan terus kuat menghadapi cabaran mendatang, terus mendapat sokongan yang tanpa henti dari insan-insan yang saya kasihi dan Allah terus sudi mendengar doa2 saya, Insyaallah..