Mar 26, 2012

Things to BUY!!

Assalamualaikum.

Things to purchase for Ibu during confinement and Baby Emmier (yang belum lengkap) =D

Sempena nak bersalin kali kedua ni, persediaannya lebih sederhana dari masa Eirsa dulu..yelah masa tu mmg barang keperluan tiada langsung..But for this time, barang2 keperluan masa kakaknya dulu yang mane masih elok and some of them still look new xperlulah beli lagi..lengkapkan mane yang perlu je..but for ibunye ni, i have decided not to take jamu during confinement yang mane jamu masa berpantang Eirsa dulu pun xabis makan..so these are the things that we (me n babah baby) need to buy:-

1.  Book makcik urut untuk ibu lepas bersalin (KIV di Putrajaya P.8 or P.16 pny psl kali ni akan berpantang sendiri di Putrajaya)
2.  Set supplement bersalin Shaklee ( Baru first time nak try, ramai yang kata bagus)
3.  Uncang Mandian Herba (Supaya bdn ibu segar sikit lepas bersalin nanti)
4.  Bengkung (yang lama ade sehelai je..)
5.  Tungku Baby ( Tungku herba yang comel2 tu utk tuam baby)
6.  Collagen (Kemestian, psl ibu sgt malas sapu minyak pada tummy time preggy kali ni, so kena ready utk quite a mass stretch marks)
7.  VCO (untuk kulit & kesihatan)
8. Energizing Soy Protein Shaklee (Pelengkap)
9. Brands Prune Innershine (bagi bdn rasa lebih bermaya)
10. Polleney Pati Ikan Haruan with Ginseng (wajib dibeli oleh babahnya untuk sembuhkan luka2 luar dan dalam)
11. Ginko  Biloba Supplement ( untuk improve memory..betul ke?)
12. Milk Storage Bag (Nak kena ada untuk mula buat stok susu nanti as our fridge adalah comel, untuk jimatkan space).
13. Sore Nipple Cream ( Adegan nipple luka hampir pasti berlaku, sakit wooo...)

Setakat ni ini sahaja yang belum dilengkapkan..sebaik sahaja babahnya approvekan peruntukkan, bolehla start membeli, yahoo! Mood nak bersalin dah mula bercambah2..Semoga semuanya berjalan dengan lancar..Amin..

Nov 10, 2011

Happy Birthday Syg..

Tahun ni kek home made ye..

Side Dishes utk Hubby  yg di raikan..spt yg di request, Chicken Rice..



Tiup lilin dgn Eirsa..



Celebrate Birthday Hubby bertiga je..simple yet meaningful..
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..I LOVE U lah!

Nov 1, 2011

Kali kedua..

Assalamualaikum..

My 2nd pregnancy..




Alhamdulillah Ya Allah di atas rezeki yang diberi..


Oct 31, 2011

Wishlist ~

Assalamualaikum.

MEDELA- Freestyle® Breastpump

 


Retail Price in Malaysia:RM2299

Still searching for the best price in the market.. Mudah2an niat nak menyusukan 2nd baby ni dipermudahkanNya..amin.

 

Oct 25, 2011

Eirsa dah besar..

Assalamualaikum..

Sekejap je rasa masa berlalu..anak kesayangan ibu dan abah ni pun dah besar..




Alhamdulillah..

Semoga Eirsa Syaurah membesar menjadi anak yg baik..Amin.

Oct 19, 2011

B vs IBU vs PUAN

Assalamualaikum.

Menjadi isteri buat suami tercinta, ibu buat anak2 dan pekerja di pejabat. Bukan mudah utk excel dalam setiap peranan tersebut. Saya sendiri masih hijau dalam setiap peranan itu..baru sahaja nak mencecah 3 tahun menjadi isteri kepada suami tercinta Mohd Shahrizan bin Omar, menimang cahaya mata pertama Eirsa Syaurah sejak 2 tahun yang lepas dan bakal menimang yang kedua insyaallah..dan memainkan peranan yang tidak kurang cabarannya di pejabat sejak 3 tahun lepas.. Memikul ketiga2 tanggungjawab tersebut ada turun naiknya dan acapkali membuat saya termenung letih dipenghujung hari. Namun tidak dinafikan ramai golongan bergelar wanita hari ini memikul ketiga2 tanggungjawab dan peranan tersebut, dan kejayaan mereka pada setiap peranan amat patut dibanggakan. Setiap peranan tersebut adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan ianya adalah amanah Allah kepada saya.. saya bukan insan sempurna yang tidak pernah mengeluh letih dan tertekan, ada harinya saya rasakan sangat teruk dan pernah juga terfikir untuk berhenti kerja dan menghabiskan masa di rumah melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dan ibu sahaja. namun, itu bukan satu penyelesaian, tetapi hanya idea yg terlintas yang sangat bersifat selfish. Saya berkerja hari ini utk membantu keluarga dan bukan utk mengisi masa lapang kerana kebosanan dirumah seperti segelintir wanita, jadi saya perlu teruskan perjuangan saya di pejabat demi keluarga yang menjadi keutamaan saya sejak sekian lama.  
Rasa letih dan tertekan yang kadangkala singgah itu saya ketepikan dan teruskan dengan apa yang perlu diteruskan..dalam tempoh ini sudah banyak kali saya membuat kesilapan, terjatuh, terduduk, tersilap membuat perhitungan dsbnya, namun semua itu telah menjadikan saya seorang isteri, ibu dan pekerja yang lebih matang. Saya bersyukur dan bahagia dengan hidup saya hari inidan saya harap akan terus bahagia..tapi saya tidak boleh lupa, saat2 sukar tidak akan pernah berakhir..cabaran pasti tidak jemu datang menguji kekuatan fizikal dan mental saya..saya harap saya akan terus kuat menghadapi cabaran mendatang, terus mendapat sokongan yang tanpa henti dari insan-insan yang saya kasihi dan Allah terus sudi mendengar doa2 saya, Insyaallah..

Oct 10, 2011

It's Baking Time AGAIN!!

Assalamualaikum

sepanjang minggu lepas telah berjaya bake all these.. Baking is now kind of therapy for me..xpelah kalau takde sape nak makan..boleh bawa ofis bagi kwn2 makan, bagi anak2 jiran yang absolutely sukekan chocolate cupcakes n hubby yang definitely nak bawa ke ofis dia.. :)

Chocolate Fudge Brownie~~~









Classic Cheesecake~~~


Cheesecake for Abah's 54th Birthday

 
 Cadbury Fingers Chocolate Cupcake