Sep 21, 2011

Saya Anggap Ia Persaingan yang Sihat..

Pernah tak kedudukan anda dicabar? kedudukan ni sebenarnya bukan merujuk kepada pangkat je..ia termasuk kedudukan kepada setiap peranan kita dalam kehidupan seharian, mungkin sebagai seorang wanita yg paling umumnya, seorang anak, seorang ibu, seorang isteri, kekasih, sahabat, pekerja atau bos dsbnya..cabaran ni boleh dtg dalam pelbagai bentuk juga, sebagai contoh kalau sebagai pekerja ada pula pekerja baru yang lebih hebat prestasinya atau lebih menonjol muncul..pasti kita rasa tercabar, kalau ada lelaki memperlekehkan kebolehan kita sebagai seorang wanita pun mungkin akan mendatangkan perasaan tercabar..sama juga jika muncul seorang yang lain di dalam perhubungan..perasaan yang mungkin hadir secara spontan adalah rasa kurang senang, mungkin lebih teruk membawa kepada rasa sakit hati, kecewa dan rasa rendah diri.. Perkara ni boleh dan selalu jadi dalam kehidupan kita seharian..yang berbeza hanya bagaimana kita pilih untuk handle isu sebegini bile berlaku pada diri sendiri..

Bagi diri saya sendiri, saya memilih untuk menganggap cabaran yang datang itu sebagai persaingan yang sihat..tapi sebelum boleh berfikir secara rasional mcmni mmglah mula2  tu perasaan bercampur baur.. kecewa, rasa tercabar, marah, sedih.. tp time heals..believe me, jgn react pd situasi mcmni on the spot mcm mengamuk, melatah dsbnya..bila dapat duduk pikirkan sedalam2nya..then baru saya faham hikmahnya kenapa Allah datangkan ujian seperti ini..kalau perkara seperti itu tidak terjadi pada saya pasti sya tidak pernah memikirkan tentang memperbaiki diri..so, what i did was saya kaji pencabar atau cabaran tersebut se'details' nye dan buat check n balance terhadap diri sendiri..tanamkan dalam diri " I can be better than her/him/them" ..pencabar atau cabaran ni berperanan seperti pembangkang dalam dewan rakyat, menjadi checker n balancer..Kalau xberlaku perkara ni, kite sentiasa rasa cukup, selamat, selesa dsbnya.. tp bila dah jadi atau persaingan ni muncul baru kite tahu dan sedar there's still rooms utk improvekan quality diri..xkiralah dari segi ape..depends on the competition itself.. so ape yang telah berlaku pada diri sendiri, personally sangat berharga..xsangka juga saya boleh reacted that positive..tp utk smp ke tahap tu saya puaslah memohon dariNya diberi ketenangan agar saya dapat berfikir secara rasional dan tidak berbuat sesuatu tindakan yang melulu dan akhirnya merugikan diri sendiri. alhamdulillah..setakat ni pendekatan yang saya ambil membuatkan saya bersemangat utk menjadi lebih baik..teruskan berdoa agar usaha kite untuk memperbaiki diri tu mendatangkan manfaat  dihari kelak..panjatkan syukur kerana Allah masih mahu menguji kita kerana Diamemberi ruang dan jalan kepada kite menjadi insan yang lebih baik dari segala aspek. Insyaallah..